Thursday, February 23, 2012

Peraturan baru


Hari ini hari kedua ibu duty jaga exam. Kali ni dapat venue tingkat bawah jer. Spesial request untuk orang yang special..ecece..padahal aku dah tak larat nak memanjat anak tangga. Cumanya esok pepagi buta kena jaga kat hall..agak penat jaga exam kat hall sebab melibatkan student yang ramai. Paling tak tahan kalau pelajar undergrad exam skali ngan post grad. Pelajar-pelajar foreigner ni jenis tak makan saman..asyik nak meniru je memanjang. Pantang kita lepa sket mulalah pusing sana, pusing sini, naik juling kita dok perhati pun dia buat tak reti jer. Budak local tak berani sangat nak meniru.

Exam tadi ibu jaga berdua jer. Dapat pulak bilik yang agak mengerikan..rasanya bukan classroom sebab ibu tak pernah nampak pulak ada lecture kat situ sepanjang sememester. Ada 4 paper semuanya.  Student diploma jer dan mengambil masa 2-2 jam setengah.


Yang kesiannya, bilik tu dah ler agak berbau sebab tak digunakan, tambah lagi berbau tengok dengan bau badan sorang mamat India ni. Mulanya ibu tak perasan jugak sebab dok ingatkan bau carpet jer. Time ibu kutip slip kehadiran, baunya makin kuat bila melintasi meja sorang mamat ni. Patut la tengok amoi depan tu asyik dok tutp hidung jer dengan muka yang kelat memandang ibu..mintak simpati. Orang lain dah sibuk menjawab dekat setengah jam, dia tak start2 pun lagi..agaknya terganggu dengan bau yang kurang menyenangkan membuatkan dia hilang konsentrasi.

kebetulan, kat meja belakang takde orang, so ibu offer kat amoi tu samada dia nak oindah tempat ke tidak. Dia terkejut bila ibu offer dia pindah tempat duduk, lantas tersu bersetuju untuk berpindah. lepas tu baru lah nampak dia konsentrate jawab exam.

Hai...nampaknya hal ehwal akademik kena perkenalkan satu undang2 baru kepada student yang nak masuk dewan exam. Pastikan pelajar mandi terlebih dahulu sebelum masuk dewan agar tidak mengganggu konsentrasi pelajar2 lain.

No comments: