Thursday, April 19, 2012

bizi dah watamat!

Assalamualaikum wbt...

Agak lama ibu menyepi..belum cuti lagi, tapi membizikan diri menyiapkan paper final untuk short semester March 2012. Semester ini cuma 7 minggu dan minggu ini merupakan minggu yang ke-3. Another 4 weeks to go. Ibu juga semakin memberat sekarang nak melangkah kaki..tetapi alhamdulillah Allah masih lagi beri peluang sihat tubuh badan. Sakit2 dan lenguh2 tu adatlah kan.

Harap2nya semua ok sehingga ke minggu final dan sempat untuk marking dan prepare teaching file. Lepas tu boleh lah bercuti!

Minggu ini lega sikit berbanding minggu lepas kerana hubby dah pulang dari seminar di Kota Bharu selama 5 hari. Sepanjang peninggalannya ibu agak lelah dan kepenatan sebab terpaksa mengcover tugas2 yang selama ini mendapat bantuan hubby. Nasib baik lah anak2 tak meragam sangat.

Semalam ibu ke klinik menyerah diri pada cik putih. Last jumpa pada 23 Mac lepas. Sepatutnya kena pergi lagi pada 4 April tapi ibu tak pergi sebab bizi jugak walaupun memang dikhususkan setiap Rabu ibu free kan jadual untuk memudahkan ibu menjalani pemeriksaan. Oleh kerana semester baru je bermula, ibu ponteng rutin c.up tu..huhu. Konon-kononnya nak pergi pada Rabu minggu berikutnya tapi cuti hari pertabalan pulak. So, minggu ini takde alasan lagi.  Sudahnya semalam melangut 2 jam lebih menunggu giliran, terpaksalah ambil cuti kecemasan. Untuk minggu2 berikutnya berderet2 appointment menunggu termasuklah 24hb April. Ibu berkeras tak mahu jumpa PZM sebab tak mahu cancel kelas hari Selasa..terukkan!

No comments: