Monday, April 02, 2012

Safee Sali sah bercerai talak 1?

Safee Sali sah bercerai talak 1? Hmmm...ibu takdelah minat sangat bola, tapi cukup berbangga dengan kejayaan jutawan bolasepak ini. Sebelum ini tak pernah dengar sebarang kontroversi tentang hal dia. Tapi 2,3 hari kebelakangan ini peminat Safee Sali dikejutkan dengan berita perkahwinan dia yang bermasalah.

Kaya, glamour, terkenal, berpengaruh, ada rupa dan dikurniakan zuriat bukanlah jaminan untuk kekal bahagia selamanya dalam rumahtangga. Apa definisi bahagia bagi mereka???


Si perempuan dah cantik, cun melecun, si lelaki dah hansem bergaya, berharta, punya kuasa dan ternama...tapi masih lagi tidak bahagia dalam rumahtangga. 


Banyak contoh2 lain  yang kita boleh lihat pasangan suami isteri bercerai berai waima mempunyai pakej lengkap sekalipun. Apa yang dicari dan yang diimpikan dalam hidup ini sebenarnya?? Soalan itu kadang kala bermain difikiran ibu.

Contoh yang senang untuk kita lihat ialah orang2 terkenal ni..kehidupan artis2, selebriti2 sukan yang ternama, tokoh2 politik dan tidak ketinggalan ahli2 perniagaan. Kebanyakan daripada mereka tidak dikurniakan rumahtangga bahagia. Mungkin ujian Allah bagi mereka lebih besar berbanding ujian untuk orang2 biasa.

Apapun, bak kata Ustaz Azhar Idrus, muka tak cantik/hansem takpe, boleh tutup lampu...tapi kalau akhlak/iman tak berapa cantik takde apa yang boleh ditutup...renung2kan..



No comments: