Saturday, May 19, 2012

Gotong royong

Seperti biasa setiap Sabtu hubby akan ke fakulti untuk kerja-kerja labnya. Tinggallah kami 4 beranak di rumah.

Memahami kesibukan hubby dengan kerja, ibu gagahkan diri untuk mengemas rumah.Mata dah tak tahan melihat kain baju yang tak berkemas di tingkat atas. Banyak betul baju anak2 yang dah tak muat dan tak terpakai. Yang paling banyak adalah baju Luthfil. Walaupun dah simpan separuh, baju dia still banyak..baju Luqman yang tak berapa banyak..yang ada pun kebanyakan dah lusuh dan senteng2 ajer..cepat betul budak tu membesar.

Habis berkemas di tingkat atas, ibu ke tingkat bawah pulak. Nampak vakum dah berada di luar kotak. Hubby dah tolong keluarkan. Beberapa hari lepas ibu dok merungut sebab kipas syiling sangat berhabuk sampaikan tak terasa sejuknya. So, nak tunggu hubby buat tak tahu bila...kerahan tenaga kami 4 beranak bergotong royong mengemas rumah tengahari tadi. Luqman, Luthfil dan Wafa tolong sapu tangga dan sapu lantai di bilik atas, sementara ibu menvacum di ruang tamu. 

Lepas habis menvacum, melipat pulak kain baju yang membukit sambil2 mendobi. kesian kat mesin basuh yang ntah berapa round dok kerja. Time nak menjemur baju, semua pakat2 nak tolong sidai. Alhamdulillah..ringan tulang anak2 nak membantu walaupun kecoh jugak dok melayan karenah anak2 yang berebut nak menyidai.

Puas hati bila tengok rumah dalam keadaan bersih dan tersusun. Harapnya esok hubby tolong sambung buat apa yang ibu tak mampu buat:p

No comments: