Thursday, May 17, 2012

MC 2 hari

Oleh kerana badan ibu semakin lemah tak bermaya ditambah sakit tekak yang teramat, ibu decided untuk ke klinik selepas waktu kerja. Kami ambil keputusan untuk ke klinik panel di Giant Nilai iaitu Klinik Mediveron. First time ibu datang ke klinik ini, selalunya ke Klinik Salak je tetapi memandangkan hari Selasa agak sesak kerana ada pasar malam di Taman Semarak, so kami tak mahu bersesak di sana. Alhamdulillah, memang line clear sungguh kat Klinik Mediveron. Doktor pun baik jer.

Doktor yang memeriksa ibu bernama Dr Fadzilah, baik je orangnya. Menurut doktor ibu perlu banyak berehat dan kena kurangkan bergerak. So, dia bagi MC 2 hari. Semalam memang takde kelas, no problem lah, tapi hari ini ibu ada 2 kelas. Pagi2 lagi jam 6.30am ibu dah mula SMS pada student2 sebab kelas bermula jam 8am. Kesian juga pada mereka. Harap2 esok pagi ibu dah semakin okey. 

Malam tadi tidur ibu tak berapa lena sebab sakit tekak yang teramat. Rasa macam ada duri je kat kerongkong sampaikan nak menelan air liur pun payah. Oleh kerana tak tahan sakit, hubby suruh ibu telan panadol barulah ibu dapat tidur. 

Harapnya esok pagi ibu dapat ke office dan kembali sihat.

No comments: