Tuesday, May 22, 2012

Puding Roti Karamel

Bekalan roti gardenier memang tak pernah putus kat rumah. Kadang kala tak sempat nak habis, dah bertambah dengan bekalan baru.

Semalam ibu nampak ada separuh lagi roti gardenier elok terletak kat dapur walhal tarikh luputnya semalam. So, untuk tidak membazir (cecece..konon:p), ibu nak menerai sekali lagi buat Puding Roti Karamel. Dulu dah pernah buat menggunakan resepi yang diberi oleh kakak ipar, tetapi tak menjadi. So, dengan gigihnya harap2 kali ini menjadi la. Ibu cilok resepi kat internet jer dan modified sket.


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Bahan2:
3 sudu besar gula pasir
4 keping roti gardenier
3 biji telur gred A (ibu guna gred B 4 biji)
1 tin susu cair ideal
1/4 cawan air
1/4 cawan susu pekat
1 sudu esen vanila


Cara masak:
1. Panaskan gula dalam kuali nonstick - (sangat la mencabar nak buat caramel ni..). Guna api perlahan, kacau sampai gula larut dan tambah 2 sudu air. Bila dah larut dan hancur, tuang dalam loyang dan ketepikan.
2. Panaskan pengukus.
3. Masa tengah buat gula caramel tu, ibu rendam roti yang dicarik2kan ke dalam susu cair. Buang bahagian tepi.
4. Pukul telur dan tapis.
5. Blend roti bersama2 dengan susu cair dan susu pekat sehingga sebati. Kemudian masukkan telur yang ditapis dan esen vanila. Blend sampai sebati.
6. Tapis sekali lagi ke dalam loyang tadi.
7. Kukus selama 40-50 minit.

Puas hati hasil kali ini..but still need improvement:)

Nampak tak ada pisau hijau kat atas tu? Si kecik Wafa Aleesya tak sabar nak memotong..huhu..hancur puding ibu dikerjakannya. Pagi ini bawa ke office untuk kengkawan jamah

No comments: