Monday, May 21, 2012

Resepi Onde-onde aka Buah Melaka

Di petang yang sejuk dan ribut taufan kehujanan semalam, ibu tergerak hati rasa nak buat onde-onde @ buah melaka. Idea nak membuat tu selepas tengok ada lebihan kelapa parut untuk kerabu pegaga juadah tengahari. Ada je idea kannn. Nak menggogle internet, malas..maka ibu menggoogle kakak bertanyakan resepi. First time buat nih:)

Adunan: 2 cawan tepung pulut, air pandan, kapur makan dan secubit garam.

Manisan yang dipotong kecil2.

Bulat2kan dan leperkan untuk memasukkan manisan

Comel tak? Ada besar, ada kecik..hehehe

Masukkan dalam air yang menggelegak..tunggu sehingga ianya timbul dan angkat guna tapis.

Golekkan atas kelapa parut putih yang ditabur sedikit garam.

Tadaaaaa...inilah hasilnya. Dapat 30+ biji, separuh hulur kat jiran. Ibu makan 3,4 biji ajer sebab onde2 ni bukanlah ibu  fanatik sangat, hubby yg banyak makan.

No comments: