Friday, June 08, 2012

kereta buat hal...

Tak tahu dari mana nak mulakan entry kali ini...

Perkara yang menjadi kerisauan ibu rupanya menjadi kenyataan semalam.

Secara tiba2 kereta mati enjin di tengah2 jalan, bukan sekali tetapi beberapa kali. Nasib baik masa tu hubby yang drive. Kalau ibu yang drive tak tahu lah nak cakap apa sebab apabila enjin mati, stereng kereta tak dapat nak berfungsi. Agak cuak juga la.

Semasa hubby hantar servis kereta minggu lepas, pomen cakap enjin kereta ada masalah, so kena betulkan takut ianya lebih melarat lagi dan akan melibatkan kos yang lebih banyak. Tapi masalahnya dia cuma dapat siapkan dalam masa seminggu dan tak dapat nak buat dalam masa terdekat sebab kereta tengah banyak di bengkel. Lagipun dengan keadaan ibu yang sedang menunggu hari, takut juga jika berlaku apa2 nanti. So, hendak tak hendak memang perlu direpair..cuma tidak menjangka secepat ini...budget dalam hujung bulan ini atau sebelum puasa. apa nak buat, kita hanya merancang Allah yang menentukan.

Nampaknya beberapa bulan ini banyak duit mengalir sebab kereta..tukar brek lah, tukar tayar lah, aircond rosaklah..dan kali ini enjin pulak;(

Nasib baik ada sang kancil..buruk2 pun masih berjasa lagi pada tuannya:))

No comments: