Tuesday, June 26, 2012

Silap tarikh daaaa...;)

Betapa confidentnya ibu ke hospital hari ini dan bermati-matian ingatkan ada appointment kat O&G. Dah siap kemas kain baju bagai standby kot2 kena tahan wad, pesan macam2 kat anak2..jangan nakal, jangan gaduh, baca buku, jaga adik, makan,  bla..bla..bla...tak cukup ibu pesan, hubby lak pesan ngan budak berdua tu.

Tup2 saat menghulurkan buku temujanji, nurse yang jaga kaunter bahagian temujanji bertanya pada ibu..."puan, bila temujanjinya?" Ibu dengan terpinga2 baru perasan yang tarikh temujanji itu adalah pada 28hb Jun, Khamis nanti.. Astaghfirullah....

Lalu ibu terus menghubungi hubby yang sedang mencari parking selepas menurunkan ibu di lobi.

Alang2 sudah sampai ke hospital, ibu terus ajak hubby ke bahagian PAC dengan membawa surat rujukan daripada doktor. Actually semalam lagi ibu disarankan oleh doktor klinik untuk refer ke wad sebab beberapa masalah. Tetapi dengan gamblenya ibu tak pergi..huhu.

So, bila disuakan surat refer doktor, nurse tanya jugak, kenapa tak datang semalam...terkedu jap mencari jawapan..heehe..padan muka!

Oleh kerana condition ibu yang tak berapa baik, diorang buat CTG, scan dan sebagainya. 3 orang doktor yang memeriksa, ketiga2nya memberi EFW yang berbeza. Keputusan daripada doktor pakar paling mengejutkan.

Setelah diterangkan serba-serbi, perbincangan dan sebagainya, keputusan dibuat. Doktor telah memberikan tarikh kepada ibu. Hari Khamis pagi masuk wad, insyaallah pada hari Jumaat akan menjalani operation :(

Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Amin.

Yang menjadi kerisauan ibu adalah anak2 di rumah...

Di overseakah akuuu???

No comments: