Wednesday, July 11, 2012

Dari Serdang hingga ke Seremban...(bhgn 1)

Assalamualaikum wbt..

Maaf lama tak bersiaran..

Sebenarnya ibu baru sahaja keluar dari Hospital Seremban semalam setelah dimasukkan ke wad sejak Sabtu lepas.3 hari 2 malam beb! Rasa macam dah trauma dengan hospital nih. I hate jarum very2 much!!

Eh...camner pulak baru keluar wad dah masuk wad semula???

Alkisahnya...luka operation terkena jangkitan. Nurse yang datang melawat  mendapati luka ibu ada masalah dan menasihati ibu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aduhai..malasnya nak ke hospital..so, ibu just ajak hubby ke klinik panel di Nilai. Doktor sempat buat lawat...'awak kena pergi hospital nih, doktor takde magic nak rawat luka awak..doktor pun pernah kena kes macam awak jugak dulu..kena cuci dan jahit balik'..Perghhh..naik seriau den dengornya. So, ke Hospital Seremban lah kami petang tu.

Tiba di Hospital Seremban, seperti yang dijangka..lukaku digodek dan dirobek oleh doktor2. Seriau beb bila sorang doktor tu bukak satu jahitan sebab nak tengok keadaan luka di dalam. Nasib ibu baik sebab belum sempat demam. So, kiranya masih diperingkat awal lagi..dan luka hanya mengeluarkan air dan darah..belum menjadi nanah.

Ibu terpaksa di tahan di wad untuk pemantauan. Luka perlu dicuci dan ibu perlu disuntik antibiotik. Part ni cuak sikit sebab kena inject lagi bagi membolehkan salur wayar dimasukkan ke tangan untuk tujuan saluran antibiotik. Ubat makan lambat berkesan, so kena masuk melalui salur darah.

Sebelum tu nak citer keadaan wad kat hospital seremban. Last sekali ibu menjadi penghuni hospital seremban adalah pada thun 2003 sewaktu melahirkan Luqman. Kiranya permulaan di Hospital seremban dan pengakhiran di hospital seremban jugak lah..Oleh kerana satu wad kelas dua sedang renovation, wad2 lain menjadi mangsa. Keadaan wad agak padat dengan katil pesakit yang disusun dekat2. Memula ibu sampai di wad 1A, muka ibu dah semacam..oh..dimanakah akuuu..??Terasa seperti di Hospital Bangalore, India..dengan keadaan wad yang sesak (kebetulan waktu ibu sampai tu adalah waktu melawat), memang pack giler.

Selama ini ibu dok keluar masuk hospital serdang yang jauh lebih selesa. Part yang paling ibu nak menangis adalah toilet. Katil ibu dekat dengan pintu wad (no7) tetapi lokasi toilet nuuunnn jauh di hujung dunia dekat dua marhalah. Kiranya pergi balik dekat 4 marhalah. Udah la keadaan ibu waktu itu yang tak berapa baik lagi..jalan pun terkemut2..nak menjaga baby lagi. Dugaan sungguh.

Sempat lah ibu membuat beberapa pemerhatian dan perbandingan di antara hospital serdang dan hospital seremban.

1. Dari segi kepakaran doktor, ibu rasa hospital seremban lagi banyak doktor pakar. Dan ramai sungguh doktor india kat seremban nih, kalau kat serdang tu ramai melayu.
2. Nurse2 sangat baik dan berpengalaman walaupun nurse yang bertugas tu adalah nurse yang senior. Kat serdang jarang jumpa nurse yang macet2 nih. Selalu dengar citer nurse2 baya makcik2 nih mulut macam takde insurans jer..tapi alhamdulillah ibu tak pernah mengalami pengalaman mengerikan berjumpa nurse yang mulut takde insurans nih.
3. Nurse2 kat seremban banyak sungguh waktu free. siap boleh bergosip dan lepak2 lagi. Doktor kat screening room pun boleh rilek sembang sebab takde ramai pesakit. Kalau kat serdang jangan harap la dan tak dan nak bersembang. Sembang pun sambil buat kerja.
4. Katil banyak kosong, Kalau kat serdang, datang pagi lewat petang baru boleh naik wad, itu pun nasib baik dah. Ada tu dah bersalin petangnya, esok pagi baru boleh naik wad..punyalah ramai manusia nya. Masa ibu bersalin hari tu pun kena pindah ke wad transit sebab memberi laluan kepada ibu2 yang baru bersalin.
5. Perkara yang ibu paling takut ialah katil. Yaaa..katil di hospital seremban adalah sangat tinggi..terpaksa menggunakan tangga. Kalau baru lepas operate memang nangis la nak naik katil. Kalau kat serdang tu katilnya boleh diadjust nak tinggi atau rendah, atau nak tinggikan bahagian kepala.
6. Kemudahan tandas. Di hospital serdang, walaupun wad kelas 3 disediakan 1 tandas untuk 6 katil. Di seremban, dari hujung pintu sampai la ke belakang ada 1 bahagian toilet sahaja. Semua tertumpu di tempat yang sama..camner nak citer ekk..macam konsep open wad..hanya dipisahkan oleh partition (setiap partition ada 4-5 katil). Pendek kata kalau baru lepas bersalin especially bersalin operate, memang meraung la nak ke toilet..jauh wehhhh. Kena dapatkan bantuan nurse. Oh yer..kat wad seremban takde loceng kalau nak mintak bantuan, main panggil je mana nurse yang melintas. Kalau kat serdang, nak panggil nurse, just tekan loceng kat kepala katil sahaja.
7. Bab makan kat seremban boleh dipuji berbanding kat serdang. Boleh tahan sedap dan boleh diterima tekak la jugak. Kalau kat serdang, setiap kali sajian (lunch atau dinner)..mesti ada 'sup bodoh'. hahahaha..ibu panggil sup bodoh sebab macam air paip diletakkan kobis dan sawi. Takde la nak mimpi macam makan kat first class hotel! Nak makan sedap bawak bekal sendiri okay!
8. Waktu melawat. Kat seremban pelik la sikit. Walaupun hari cuti umum sabtu ahad, waktu melawat ditetapkan bermula jam 6.30-7.30am, 12.30pm-2pm dan 4.30pm-7.30pm. Aissehhh..kesian Abg Zul dan family datang nak melawat ibu tapi tak dapat masuk sebab waktu melawat dah habis. Depa dok ingat macam kat serdang waktu melawat bermula kol 12.30pm-7.30pm. Lain padang lain belalang yer..huhu

Itu lah sedikit sebanyak yang dapat ibu perhatikan sepanjang 3 hari menjadi penghuni di Hospital Seremban. Ada beberapa kisah menarik yang ibu dapat ketika tempoh tersebut. Tengoklah kalau rajin ibu updatekan.

Ramai yang pelik kenapa dah hari ke 10 ibu masih di wad..jenuh ai dok terangkan. Lebih pelik lagi bila diorang dapat tahu ibu bersalin kat serdang tapi masuk balik ke hospital seremban. merentasi dua negeri gitu. sepatutnya ibu kena ke hospital tempat ibu bersalin. lepas explain baru lah diorang faham.

Ada jugak yang bertanya, baby dah berapa bulan? Bila ibu cakap baru 9, 10hari diorang terkejut. Mana tak terkejutnya..si kecik ni macam budak 2,3 bulan. hari ke 10 dah cecah 4.3kg!

No comments: