Saturday, July 21, 2012

Kek Span Pandan

Alhamdulillah..masih berkesempatan bertemu ramadhan pada tahun ini.

Nampak gayanya tahun ini ibu tak dapat nak sambut ramadhan...baru 22 hari:) Dan alamatnya marathon mengganti puasa la lepas ni yer!

Tahun ini tahun ke dua Luqman berpuasa, Luthfil pulak tahun pertama. Tapi nampak gayanya 1st day dia dah tewas. Yang peliknya, time bukan bulan puasa takde pulak pernah dengar dia merungut lapar ke apa atau mintak nak makan..malah siap kena marah sebab tak mau makan. Tapi hari bulan puasa kemain lagi dia mengadu lapar la, tak tahan la..pukul 7am dah melayan makan biskut dan mintak nasi. Harap2 dapat la dia belajar berpuasa lepas ni. Kalau tengok saiz badan pun alahai...makin mengecil anak ibu.

Untuk menghilangkan gian membaking, hari ini ibu telah berjaya membuat kek span perisa pandan. Simple jer bahan2nya.

Kek Span Pandan

Percubaan pertama..rasa dah okey, cuma appearance je tak berapa comey sebab gelojoh sangat kuarkan dari loyang...tak sabar nak tengok hasilnya!

Kalau tengok sebiji tak cun, potong kecik2 boleh tahan sket..hehehe


Kek Pandan gebu dan ringan..manis light2 jer..


RESEPI KEK SPAN PERISA PANDAN

150gm tepung superfine
70gm gula castor (resepi asal guna 150gm)
5 biji telur
15ml / 1sb ovalete
80ml air daun pandan
80ml minyak @ mentega cair (ibu guna marjerin jer)
5ml / 1sk pes pandan
1sk serbuk penaik/baking powder
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Cara buat:

1. Satukan gula, ovalete, tepung gandum, serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan yang tinggi.
2. Perlahankan kelajuan. Masukkan air daun pandan, pes pandan, perisa pandan dan pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 1-2 minit atau sehingga adunan benar2 ringan.
3. Tuangkan minyak atau mentega cair ke dlam adunan dan gaul sehingga sebati.
4. Sediakan dulang pembakar bulat atau 4 segi berukuran 8 inci, griskan dasarnya dengan minyak atau marjerin atau lapik dengan kertas minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 150C - 180C.
5. Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan atas redai kek. Biarkan selama 5 minit bagi mengelakkan kek kita kempis.

1 comment:

KakNi said...

Nyum nyum nyum sedap nyer nmpk kek pandan ni... adohai... buka posa mkn kek ni sodap nih...