Monday, October 22, 2012

Roti


Semalam projek membuat roti. Ingatkan dah tak jadi buat sebab tak jumpa cari yis yang baru saja dibeli. Selepas menggeledah gobok kat dapur tu, terjumpa la jugak sepeket yis yang dah lama ibu beli..nasib baik belum expired!

Dengan berpandukan resepi yang ibu cedok dari internet, maka bermulalah sesi menguli doh. Bila dah siap uli dan nak rehatkan doh, tetiba teringat yang macam resepi tak lengkap. Rupa-rupanya lupa nak letak bread softener. Apadaaa....masa tu doh dah naik sket, dalam hati nak menderhaka ke tidak nih..lalu ibu ambil keputusan untuk tidak terlalu banyak menderhaka sebab bread improver pun tak letak jugak sebab tak jumpa kat Giant.Sepantasnya ibu capai bread softner dan ibu tabur ajer..dalam hati berdoa semoga doh roti tu tak panik atau terkejut sebab diusik secara tiba2.

Selepas setengah jam, ibu nampak doh roti elok je naik..legaaaa. Harap2 menjadi la.

Alhamdulillah..roti menjadi elok je naik. Habis satu dulang untuk menerai ajer, anak2 pun suka makan. Lain kali boleh buat lagi!

Resepi:

Bahan A
1/2 cwn air suam
1 paket yis mauripan
1 sudu makan gula
1 sudu makan tepung gandum
(kesemua bahan ini dibancuh di dalam mangkuk)

Bahan B
2 sudu makan butter cair
(ibu panaskan sekejap dalam microwave)

Bahan C
3 sudu makan gula dibancuh dengan 1/2 cawan air panas
1/2 sdt bread softner
1/2 sdt bread improver (ibu tak letak)

Cara membuatnya:

1. 3 cawan tepung gandum dimasukkan ke dalam bekas. Masukkan bahan A, B dan C. Uli sehingga sebati.
2. Jika doh terlalu lembut, masukkan tepung, jika doh terlalu keras, masukkan air. Ibu just guna air bancuhan C sebab tak masukkan semua sekali, masukkan sikit2.
3. Selepas menguli sebati, biarkan doh selama sejam sehingga naik.
4. Kemudian uli sekali lagi. Bentukkan doh kecil2 bersaiz bola pingpong.
5. Susun dalam loyang. Jangan rapat sangat sebab doh akan naik semula.
6. Biarkan doh setengah jam sebelum dibakar (bila doh naik baru bakar) pada suhu 180 darjah selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga perang.

No comments: