Saturday, February 09, 2013

Resepi mee kari istimewa!★★

Cuti panjang hujung minggu kali ini sempena cuti tahun baru cina.
Seperti biasa, kepala ibu ligat mencari idea apa yang hendak dimasak untuk kali ini.
Sudah dua minggu kebelakangan ini, ibu masak mee. 2 minggu lepas ibu buat mee sup. Minggu lepas mee tomyam seefood. Minggu ni hubby nak makan mee kari pulak.

Alamak! Sudah agak lama tidak memasak mee kari. Sudah ingat2 lupa..hihi.
Semalam singgah di pasar malam serdang mencari mee hasil tangan orang melayu. Biarpun harganya agak mahal sedikit berbanding mee yang dijual di pasaraya (buatan kilang) tapi rasanya tetap sedap dan dijamin halal dan tidak mempunyai asid borik. Mee homemade kecil-kecilan. Selain mee ibu juga membeli ayam dan tauhu kering. Pagi tadi ke pasar basah dan pasaraya mencari bahan2 lain yang belum lengkap.

Kepada yang berminat untuk mencuba mee kari berikut adalah resepi mee kari istimewa;

RESEPI MEE KARI ISTIMEWA

Bahan2 tumis;
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in. halia
(3 bahan di atas dimayang/tumbuk)

1 btg kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

2helas daun pandan
3tangkai daun kari

5 sudu serbuk kari yang dibancuh dgn air
Santan (3ringgit)

Bahan lain;
1/2 ekor ayam dipotong kecil2
1 kilo kerang direbus dan diambil isinya
3@4 keping fish cake
10bj tauhu kering dipotong 2
3@4 bj kentang
1 keping asam keping
2@3 kiub ayam
Garam secukup rasa

Bahan sampingan;
4bj telur direbus
Sawi dicelur
Taugeh celur
Cili hijau dan merah dihiris mayang
Bawang goreng
Daun sup dan bwg jika suka

Cara2;

Tumis bahan rempah 4 beradik.
Masukkan bawang dan halia. Bila sudah garing masukkan kari.
Kacau sehingga kari betul2 masak dan berketul. Masukkan ayam, kiub ayam dan semangkuk air.
Biarkan mendidih.
Tambah air 3 cawan. Then masukkan kentang yang dipotong 4@6. Biarkan sehingga kentang empuk dan lembut. Angkat kentang dan blend dengan kuah kari sehingga hancur, then masukkan semula ke dalam periuk tadi. Setelah beberapa ketika, masukkan santan
. Kalau kuah agak pekat boleh tambah air lagi.
The masukkan asam keping, fishcake yg dipotong kecil, tauhu kering serta isi kerang.
Rasakan kuah samada samada perlu ditambah garam atau tidak.tutup api bila kuah dah mendidih dan mesra.

Mee kari anda sudah sedia untuk dimakan♥

Biasanya ibu suka basuh mee dgn air panas dan bilas bersih2 kemudian toskan.

Hidangkan mee kari dengan sayur sawa, taugeh, telur rebus, cili hijau dan merah sera bawang goreng.

Tadaaa..!






1 comment:

QUEEN of Heart said...

sedapnya mi kari.. huhu tgh google resepi mi kari, terjumpa blog ni
Salam perkenalan,jemput singgah blog kite :)