Monday, March 18, 2013

Resepi Kerabu Sotong ala Thai...


Sawadikaaaaappppp!!!

Tak puas makan kerabu sotong kat kedai. Nak cari sotong kena belek2 serai, bawang dan timun.

Buat sendiri puas hati...amekawwww...makan sepuasnya..huhu

Nak buat mudah jer...asalkan ada bahan2nya:

Bahan2:

watak utama ofkos sotong - 10 ekor sotong segar, dibersihkan dan dipotong bulat
1 labu bawang besar - mayang nipis2
5 bj cili api @ cili besar - mayang
2 batang serai - racik halus
1 biji mangga muda - sagat/hiris nipis
1 biji timun sederhana besar - sagat / hiris
2  kacang panjang.(erkkk..apa penjodoh untuk kacang ekk) - potong kecik2
1 biji tomato dipotong dadu kecil
3 bj limau kasturi diambil jusnya
garam
gula

Cara buat:
Tabur secubit garam ke dalam sotong, gaulkan kemudian steamkan sehingga warna bertukar putih.
Lepas tu campur semua bahan dalam satu bekas.
Rasanya masam, masin, manis dan pedas.


Pasti anda berpuas hati dengan hasil air tangan anda dan tak perlu belek2 mencari sotong disebalik bawang!





No comments: