Wednesday, March 06, 2013

Resepi Pizza homemade istimewa

Dah lama tak buat pizza..alhamdulillah anak2 suka

buat sendiri besstttt...

selamat mencuba!

Resepi:

Untuk Doh:
500 gm tepung gandum
1 paket yis mauripan (rendam dalam air suam + 3 sdb susu pekat manis)
1 sdb gula
1 sdt garam
3 sdb marjerin/butter

Uli sampai lembut dan tak melekat di tangan, biarkan sehingga naik 2 kali ganda (30-45 minit)
Canai dan bakar separuh masak lebih kurang 10 minit pada suhu 180 C

Pastu kuarkan, tabur topping dan cheese..bakar lagi sehingga cheese cair.

Untuk topping;

2 keping daging kisar
1 labu bawang besar
3 ular bwg putih cincang
1 inci hali
sedikit minyak untuk menumis
1 kiub ayam/daging
2 batang daun saleri

(Tumis bawang putih, bwg besar dan hali, masukkan daging dan kiub, masak sampai kering airnya)
Sosej - rebus dan hiris

No comments: