Thursday, July 25, 2013

Resepi Lamb Chop mudah, sedap dan LAZATTTT!!!


Ubah selera bukak puasa..daripada masakan pantai timur, pantai barat, utara dan selatan.
Kita pilih western food pulak!

Spagethi, lamb chop, lamb grill, salad dan  hashbrown.

Semuanya licin!

Untuk resepi di atas ini, ibu rekacipta sendiri. Tekak sendiri dan tekak suami serta anak2 kata sedap. tekak orang lain tak tahu lah. Tapi so far kawan2 yang pernah cuba, mereka cakap memang terbaikkkk!

Resepi:

1) Kambing slice- beli kat giant.

2. Untuk bahan perap
sos cili, sos tomato, sos tiram, sos bbq, gula, serbuk lada hitam,

Perap sekurang2nya sejam.

Masak dalam kuali non stick. Kalau suka letak butter sikit.

Boleh jugak masak atas grill.

Sunday, July 14, 2013

Resepi Asparagus udang

First time ibu try asparagus sangat sedap! Teksturnya yang cruncy macam kacang panjang dan rasanya yg sedikit manis. Kaedah penyediaanya sangat simple dan sekejap je demi menjaga khasiat yang terkandung di dalamnya. Untuk pengetahuan anda antara khasiat asparagus ialah antioksidan, baik utk mengawal gula dalam darah, dan banyak lagi..kalau tak silap ada 30 khasiat asparagus. Tekan je, google..hihi

Okey..ibu nak kongsi resepi asparagus goreng yg ibu dah buat smlm..

Bahan2:

20 batang asparagus yg dipotong 4.
10 ekor udang dibuang kepala dan kulit
1 batang carrot dipotong memanjang
1 cili merah dimayang
1 cili hijau dimayang
3 ulas bawang putih diketuk
2 sudu sos tiram
1 sudu minyak masak
Sedikit serbuk perencah knorr

Cara buat;
Tumis bawang putih sampai naik bau. Kemudian masumman udang. Kacau sehingga masak. Then tambah sos tiram, asparagus, carrot dan cili. Last skali masukkan perencah knorr. Siap untuk dihidang.

Pastikan anda masak sekejap sahaja untuk mengekalkan kerangupan asparagus.

Selamat mencuba!